Thursday, July 30, 2009

Bab 4 : Tanggungjawab Suami & Isteri

Bab 4 : Tanggungjawab Suami & Isteri

Hadis 1:
Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah Hadis daripada Abu Hurairah RA:

‏قَالَ النَّبِيُّ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ كَمَثَلِ الْبَهِيمَةِ تُنْتَجُ الْبَهِيمَةَ هَلْ تَرَى فِيهَا‏ ‏جَدْعَاءَ. ‏

Bermaksud: “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah iaitu suci bersih. kedua ibu bapanyalah yang membuatnya menjadi yahudi, nasrani atau majusi. Sebagaimana seekor ternakan yang melahirkan anaknya (dengan sempurna kejadian dan anggotanya), adakah kamu menganggap hidung, telinga dan lain-lain anggotanya terpotong.”

Bab 3 : Tuntutan Menghormati Ibu Bapa


Bab 3 : Tuntutan Menghormati Ibu Bapa

Hadis 1:
Maksudnya: "Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya aku bertanya Rasulullah SAW, siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?, Rasulullah SAW menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa?, Rasulullah menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab: ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab : bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya".
(Hadis Riwayat at-Tirmizi).

Hadis 2 :

Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya : " Tidak akan masuk syurga orang yang suka menunjuk-nunjuk pemberiannya, orang yang derhaka kepada kedua ibu bapanya dan orang yang ketagihan minuman keras. "
Sunan al-Nasai'

Hadis 3:
Sabda Nabi Muhammad SAW:
"اَلْجَنَّةُ تَحْتَ أَقْدَامِ اْلأُمَّهَاتِ."
Maksudnya: "Syurga itu berada di bawah telapak kaki ibu-ibu."


Bab 2 : Sedekah Dan Amal Jariah

Bab 2 : Sedekah Dan Amal Jariah

Diriwayatkan ada seorang bertemu sahabat Nabi SAW iaitu Abu Darda’ R.A yang ketika itu sedang menanam pokok. Lelaki itu bertanya kepada beliau: ” Wahai Abu Darda’, mengapa engkau tanam pokok ini padahal engkau sudah terlalu tua. Sedangkan pokok ini akan mengambil masa bertahun-tahun untuk mengeluarkan hasil?.” Jawab Abu Darda’: ” Bukankah aku yang akan memetik pahalanya dikala orang lain memakannya?.” Jawapan Abu Darda’ R.A itu bertepatan dengan satu lagi sabda baginda SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang bermaksud:
" Tiada seorang muslim pun yang menanam tanaman atau menaburkan benih kemudian dimakan oleh burung atau manusia melainkan dia itu baginya (pahala) sedekah.

Wednesday, July 29, 2009

Bab 1 : Pergaulan dan Persaudaraan Islam

Bab 1 : Pergaulan dan Persaudaraan Islam

Maksudnya: “Dari Abi Hurairah RA katanya : Sabda Rasulullah SAW "barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat janganlah ia menyakiti jirannya, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan tetamunya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia berkata yang baik atau diam.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Dalilnya : Allah SWT berfiman dalam surah al-Hujurat ayat 10:

Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu yang bertelingkah, bertaqwalah kamu kepada Allah mudah-mudahan kamu mendapat rahmat.”